Sunday, 7 July 2019

Apek tua

Dah lama x menulis.. Tetiba je rasa nk tulis balik..

3 4 minggu ni terasa byk ujian..

Rasa lemah.. Alhamdulillah ada sahabat2 yg ingatkan tentang ibadah 'munajat' ..  rasa ia suatu seni ibadah yg tidak dpt digambarkan.. jika benar2 diamal dan dihayati.. akan dtg kekuatan sebesar manapun ujian..

anyway, malam tadi kereta broke down.. bateri lemah.. so kereta x boleh start.. alhmdulillah lepas subuh tetiba boleh start balik so bwklah pegi kedai bateri..

8.30am, kedai x bukak lagi.. ada sorg apek cina 80 thn dah tercegat depan pintu kedai..ingatkan tauke.. rupanya pelanggan sepertiku..

apek: u tarak keja ini hari? (kelihatan aku memakai kemeja kerja)

aku: kerja.. tp skip sekejap sbb kereta buat hal..

apek: makan gaji?

aku: yalah uncle.. manyak susah oo klu tiba2 ini mcm.. kereta rosaklah apalah.. boss bising nnti...uncle kerja sendiri manyak shiok..sendiri kerja sendiri boss (aku agak je dia keje sendiri sbb gaya dia nmpak apek kebun2 tukang2 gitu)

apek: sy haa.. kerja tarak main2 woo.. jadi kuli dulu baru jadi boss.. sudah jadi boss pon masih buat kerja kuli.. baru kuli tarak berani main sama u.. sy dulu lebih 40 thn pergi kerja pkl 6am..

aku: wah.. manyak kuat n sihat uncle? patut rambut masih hitam..

apek: ini inailah.. sy kasi u tau.. klu u mau kaya.. kerja mesti mahu rajin, sudah ada duit sket mesti mahu simpan.. jgn action mahu kereta besar etc.. duit sudah byk beli property, kebun mcm2 lg.. org Melayu ha..sudah ada duit sket sudah mau beli itu ini..

aku: wah..

apek: u kerja.. klu cuci tangan pon malas (aka keje x sanggup susah, x sanggup nk kasar tangan so on), u xkan berjaya.. klu kerja 8jam, kejap2 minum kejap2 ngelat.. u xkn berjaya.. Tuhan tarak suka oo...Dia tgk u kerja x bgs...Dia pon kasi u rezeki tarak baguslah.. 



#deep
#tazkirahpagi
#apektidakrasis
#temerlohdihatikome

kesimpulan:
bgn awal
pegi keje awal pagi
fokus jgn ngelat, ingat Allah tgk kita
ada duit sket, dh jgn nk act
ada duit byk, invest on wealth

Sunday, 7 October 2012

kisah ringkas..

saja post...relieve sket tension musim2 exam ni... :-)

satu ketika pada zaman khalifah saidina abu bakar, saidina umar berjumpa dgn saidina abu bakar dan mendapati ada seorang wanita sedang duduk dan sedang dimuliakan sebagai tetamu...

Umar: siapakah dia ini wahai khalifah?
Abu bakar: ini adalah anak perempuan kepada seorang yg lebih mulia daripadaku dan daripadamu...
Umar : siapakah dia itu wahai khalifah Rasulullah?
Abu bakar: dia ialah lelaki yang telah kembali ke pangkuan Allah ketika Rasulullah saw masih hidup lagi, dan telah selamat 'secured' tempatnya di syurga dan tinggal kita berdua yang masih stay disini..(masih tinggal di dunia tidak tahu bakal nasib di akhirat nanti)

(lelaki tersebut adalah Saad ibni Ar-Rabi', menemui syahid pada tahun 2 hijrah ketika perang Badar)

Diolah dari: Al Isobah fi Tamyizi As Sahabah 59/3

Thursday, 19 May 2011

a prayer, so close to my heart..

اللهم انا نسألك رحمة من عندك, تهدي بها قلوبنا, وتجمع بها امورنا, وتلم بها شعثنا, وتعيد بها شملنا, وترد بها ألفتنا, وتعصمنا بها من كل سوء....آمين

Tuhan..kami memohon sebuah rahmah dari sisiMu..yang dgn rahmah tersebut Kau pimpin hati-hati kami, yang dengannya Kau rapatkan dan kumpulkan 'concerns' kami, yang dengannya Kau hampirkan jurang-jurang antara kami, yang dengannya Kau kembalikan ikatan antara kami, yang dengannya Kau pulangkan rasa kasih di antara kami, dan yang dengannya Kau pelihara kami semua dari sebarang kejahatan...

"But yet, your smile, still lingers in my mind
And yet, it’s so hard, I just break down and cry
I remember your eyes found a way to melt my heart
Most of all I remember, I remember your smile
Most of all, I remember, I remember your smile"

O Allah, i beg Thee such a mercy! Amin...

mencintai kalian~
11.27 am,
Tanta, Mesir

Sunday, 15 May 2011

memori Alhambra, 2 Januari 1492

Alhambra dari Saint Nicholas Plaza usai azan maghrib dikumandangkan
(a courtesy of a friend)
"Menangislah spt wanita di atas hilangnya kerajaan yg tidak mampu kau jaga spt 'rijal'(manhood) "- ibu Sultan Abu Abdillah As Saghir kpdnya (saat baginda menangis teresak-esak) hari baginda menyerahkan kunci kota kerajaan islam terakhir di Sepanyol (Granada) kepada Raja Ferdinand II dan Permaisuri Isabella I (2 Januari 1492).

p/s:
  • Ibunya dikenali dalam sejarah dgn nama A'isyah Al Hurrah
  • Nama penuh Sultan: Abu Abdillah Muhammad ibn Al-Ahmar As Saghir 
  • Penyerahan kunci berlaku di Istana Alhambra, milik umat Islam yang terkenal dgn keindahannya
  • Sultan Abu Abdillah melutut sambil mencium tangan Ferdinand ketika menyerahkan kunci  kepada Ferdinand dan Isabella yang masuk ke dalam Istana Alhambra bersama para Paderi.
  • Perkara pertama dilakukan Ferdinand adalah meletakkan Salib yg besar di puncak menara Alhambra.
  • Tempat Sultan menangis dikenali sekarang dengan Puerto del Suspiro del Moro (lihat gambar)
  • Sultan Abu Abdillah membawa diri bersama keluarganya ke Fez, Morocco di mana baginda telah dipenjarakan oleh pemerintah Morocco, manakala anak-anaknya hidup mengemis, mengharap belas kasihan manusia-manusia yg bersedekah. 
  • 'Now you weep like a woman over what you could not defend as a man' 
Saya bercadang nak buat travel n tour to spain utk menjelajah kisah silam nenek moyang kita di sana sambil melancong...doakan ya n participate sekali!! :) jazakumullah~

Pemandangan dari Puerto del Suspiro del Moro. Di sinilah tempat Abu Abdillah menoleh ke belakang dan menangis melihat Alhambra yang sedang ditinggalkannya


Puerto del Suspiro del Moro, tempat menangisnya Abu Abdillah ditanda dengan binaan kecil empat segi. Percayalah, tangisan kesedihan itu pasti berganti tangisan kegembiraan...suatu hari nanti..


Jauh dari Alhambra, kelihatan neighbourhood2 yg mendamaikan. Beginilah suasana pagi yg dingin di Granada

Indah sungguh salah satu taman di Alhambra. Antara design terkenal pada ketika itu adalah design yg diberi nama 'tasmim firdausi' yg bererti design ala syurga (jannatin tajri min tahtiha al anhar(alquran) = taman2 yg mengalir di bawahnya sungai-sungai syurgawi)


Lihat pancur air yg indah itu. Ia berfungsi sejak hampir 700 tahun yang lalu. Fountain kecil menambahkan keindahan, ia didapati di pelbagai segmen di Alhambra

Sebahagian dari 'tasmim firdausi' (firdausi-heavenly design)
ya Allah, hanya kepadaMu aku berharap...pilihlah dan ambillah kami utk berkhidmat sebaiknya utk agamaMu dan umat NabiMu..aku berlindung daripada Kau 'reject' kami lantas Kau memilih yang selain kami...Tuhanku, andai tidak layak mengharapkan rahmatMu melainkan hambaMu yg soleh..maka utk siapa lagikah aku hambaMu yg degil..


(doakan sy dan kwn2 yg akn exam tidak lama lagi, terima kasih..)

mencintai kalian~
2.07 am,
Tanta, Mesir.

Sunday, 1 May 2011

ya Allah, kurniakan kami kesabaran demi syurgaMu...

  • brgsiapa yg mnjaga pndangannya, sdgkn ketika itu tiada siapa yg dpt mghalangnya (utk melihat apa yg diingininya), nescaya Allah menawarnya di syurga nanti utk pilih mana2 shj bidadari yg diingininya..[hadith]
    bergh...subhanallah!!
  • dan koreklah air mata dari matamu (menangislah krn sesalan) yg telah 'terpenuh' dgn perkara2 haram....[untaian dari syair Imam Al Busairi]

    O Allah, Thy mercy n forgiveness we beg... :(



Monday, 25 April 2011

الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت والعاجز من اتبع نفسه هواها وتنمى على الله الأماني


"Orang yang bijak itu adalah yang selalu muhasabah diri lalu beramal bagi bersedia menghadapi apa yang bakal berlaku selepas kematian...dan orang yang lemah itu adalah yang menurut sahaja hawa nafsunya kemudian dia mengharapkan daripada Allah dengan pelbagai harapan (e.g keampunan, rahmat, kejayaan, ketenangan, keberkatan dll) "