Alhamdulillah, selesai sudah exam pada hari ini. Doakan saya dan kawan-kawan lulus semuanya.
Hari ini Ramadan ke 14.
Sedikit luahan hati.
Ramadan adalah bulan perubahan. Bulan kita mengubah diri dari kurang baik kepada yang lebih baik.
Bila sebut perubahan, maka ia bererti 2 perkara.
Pertama: Kita berubah dengan mengembangkan lagi potensi dan kebaikan yang ada pada diri kita.
Kedua: Kita berubah dengan meninggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk kita yang kita biasa lakukan eg. banyak tidur, cepat marah dll.
Ramadan adalah bulan revolusi.
Bulan yang andainya digunakan sepenuhnya, bakal mencetuskan revolusi dalam diri. Rugi sangat rugi andai bulan ini berlalu, dan kita masih kita yang dulu.
Kenapa mesti berubah dalam bulan ini?
Kalau tidak dalam bulan ini, bila lagi? 30 hari yang Allah hadiahkan ini, hendaklah kita gunakan sebaiknya. Allah tidak menghadiahkan bulan ini, melainkan untuk kita kutip seluruh faedahnya. Dan bukankah faedah-faedah itu hanya dapat dikutip setelah kita berani lakukan perubahan?? Masakan syurga yang indah yang ditawarkan Allah semurah-murahnya di bulan ini dapat dihuni oleh si pemalas?? Tentu tidak, ia hanya dapat dihuni oleh orang yang cemerlang dunianya, cemerlang agamanya. Bukankah Allah tawarkan syurga itu dengan harga paling murah melainkan kerana Allah ingin menggalakkan dan mendesak kita untuk kita lakukan perubahan, perubahan dari sikap-sikap negatif kepada sikap-sikap positif yang dengannya kita mampu untuk cemerlang di dunia dan akhirat.
Allah rantaikan syaitan, Allah buka kelapan-lapan pintu syurga seluas-luasnya, tiada satu pun yang tutup,
Allah tutup ketujuh-tujuh pintu neraka serapat-rapatnya, tiada satu pun yang dibuka...
Kenapa??
Supaya kita bersemangat untuk lakukan perubahan.
Supaya kita tiada alasan untuk tidak berubah.
Tahukan kemenangan-kemenangan Umat Islam kebanyakannya pada bulan Ramadan.
Badar, Hittin (Salehuddin Al Ayubi), Ain Jalut (Saifuddin Qutuz), Pembukaan Andalus (Tariq bin Ziyad), Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah)...semuanya di bulan Ramadan.
Ramadan adalah bulan kekuatan, kemenangan, lonjakan, perubahan, revolusi bagi siapa yang ada mahu, insyaAllah)
Bagaimana mahu berubah?
Secara ringkas, perubahan ini datangnya dari kemahuan.
Kemahuan pula datangnya dari decision.
Decision yang kuat dan tegas untuk mahu berubah, akan melahirkan kemahuan tersebut.
Decision yang kuat dan tegas untuk tidak mahu berubah, akan melahirkan kemahuan ke arah tersebut.
Jadi, decide lah dengan kuat sekarang yang kita mahu berubah ke arah yang lebih baik. Berubah dengan pertamanya kita meninggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk. Dalam masa yang sama, kita kembangkan dan suburkan sedikit demi sedikit kebaikan-kebaikan dan sifat positif yang kita ada.
Itu secara general. Namun itulah yang paling penting. Decision (Qarar) untuk berkemahuan dengan kemahuan yang kuat itulah yang menjadi titik tolak pertama (Muntalaq) kita dalam apa-apa perkara yang ingin kita lakukan. Tanpa kemahuan (iradah), kita tidak akan dapat lakukan apa-apa walau seribu faktor yang membantu ke arah itu wujud di sekeliling kita. Namun, tanpa Qarar, Iradah yang kuat itu tidak akan sekali-kali muncul. Bila iradah itu tidak ada, atau hanya pseudo-ada...maka apakah kamu menyangka kamu akan dapat berubah?? Allah akan bantu kamu kalau kamu nak, kalau kamu taknak, adakah kamu menyangka akan ada yang ingin membantu kamu yang sendiri taknak berubah??? Dan nak itu, iradah itu, adakah kamu akan acquire dari luar?? Sungguh kita tersilap kalau kita fikir begitu, ia tidak acquired dari luar, ia acquired dari dalam diri kamu sendiri yang decide untuk beriradah dengan iradah yang kuat untuk melakukan perubahan dalam hidupmu...(maaf tu, pening sikit ayat..)
Apapun, walaupun iradah itu non-acquirable dari luar diri, namun seperti yang saya sebut, ada perkara-perkara yang membantu ke arah itu. Antaranya:
1. zikrullah dan selawat
2. tilawah alquran
3. sahabat-sahabat yang baik yang mengajak kepada kebaikan (ini sangat-sangat penting berdasarkan banyak hadith Nabi)
4. banyak bersujud dengan khusyuk (rujuk hadith Rabi'ah ibn Kaab Al-Aslami)
6. membiasakan diri buat amal kebajikan
7. perancangan peribadi untuk buat perubahan diri (keinginan/kemahuan tanpa perancangan bertulis, sia-sia n ice versa)
8. muhasabah diri
9. banyak ingat mati dan apakah bakal nasib kita di hari akhirat (syurga tingkat mana yang kita akan dapat, paling tinggi atau paling rendah, kalau dapat paling rendah, maka selama-lamanya tidak akan dapat lagi yang paling tinggi kerana tempat beramal adalah di sini, bukan di sana)
10. impian, cita-cita, harapan (Al-Amal) yang besar yang tidak pernah putus kepada Allah bahawa kita akan menjadi better dari semalam
Sedikit coretan dariku untukku dan kalian.
Doakan saya ya.
Bersambung.
mencintai kalian.
12.37 pagi.
14 Ramadan.
Monday, 23 August 2010
coretan ramadan 2 (ramadan dan revolusi perubahan)
Posted by kasihsyahadah (hamba dhaif) at 15:46 1 comments
Monday, 9 August 2010
coretan ramadhan 1
Ramadhan adalah suatu bulan di mana fenomena luar biasa berlaku.
Itulah dia fenomena di mana syaitan-syaitan dibelenggu, terbukanya pintu-pintu syurga seluas-luasnya dan ditutupnya pintu-pintu neraka serapat-rapatnya.
Fenomena ini baru bermula tadi dan ia sedang berlansung...
Sesungguhnya syurga itu berhias sempena kedatangan Ramadhan sejak Syawal tahun yg sebelum, maka apabila masuknya hari pertama di bulan Ramadhan, syurga pun menyeru kepada Tuhannya...
Ya Tuhanku, jadikanlah untukku di bulan ini penghuni dikalangan hamba-hambaMu...
Adakah engkau dengar namaku dan namamu sedang dipanggil-panggil??Aku risau...siapalah aku dan engkau untuk diseru namanya...
coretan ramadhan 1
Adakah engkau dengar namaku dan namamu sedang dipanggil-panggil??Aku risau...siapalah aku dan engkau untuk diseru namanya...
Satu hadith sebelum beransur,
"Dan Allah membebaskan sebahagian hamba-hambaNya dari neraka pada bulan Ramadhan, dan ia berlaku setiap malam di bulan Ramadhan..."
Adakah aku telah dibebaskan malam ini maka aku boleh mentahniahkan diriku
ataupun masih dibelenggu neraka maka takziahkanlah ia??!!
Tuhan, Engkau tidak akan rugi andai Kau pilih kami...
Tuhan, KesempurnaanMu akan tetap sempurna andai Kau selamatkan kami yang hina...
coretan ramadhan 1
Posted by kasihsyahadah (hamba dhaif) at 04:32 0 comments
coret coretan
- dunia ini luas. anda ingin faham sesuatu dgn lebih jelas?? jgn sempitkan dunia anda. belajar utk dengar dari semua pihak, belajar analisis, luaskan pembacaan, kaji sejarah dan doa minta diberi petunjuk. anda akan faham dgn lebih jelas.
- ada org kata, semacam tidak salah, org yg melakukan perubahan agung di muka bumi ini, mereka berbeza orgnya dari org lain. berbeza cara fikir, berbeza kesungguhan beramal, berbeza keikhlasan hati. tp masalahnya, org jenis ini selalu shj tidak bersama majoriti yg mungkin mainstream, oleh itu mcm2 prejudis terhadap dia kemungkinan berlaku. tp tulah, org yg hebat ni, prejudis2 cmtu biasa je kot..satu lgi, slalunya org hebat ni, bila satu fitnah setel, baru org nmpak dia tu hebat...hero kan last2..
- anda mencintai seseorang? boleh, tp biarlah cinta itu bersebab dgn sebab yg sepatutnya. satu je tak boleh, jgn mengharap pd org yg anda cintai tu, tp haraplah pd Karam Allah (sifat pemurah Allah), anda tidak akn kecewa. sy xde pengalaman byk bab2 ni, tp klu nk sy share lagi, boleh je...
- Ramadan...dekat dah sgt...suka aku nk memberikan kalian sedikit hadiah..hadiah sekodar..tnggukan hadiah tu..malam ni aku upload...mencintai kalian~
- ya ilahi, aku ni akan tetap faqir di dalam kekayaanku, bgaimana pula aku tidak faqir dalam kefaqiranku?? ya ilahi, aku ni akan tetap jahil di dalam ilmuku, bgaimana pula aku tidak jahil dalam kejahilanku?? Tuhan, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, andai Kau x ampunkan kami dan rahmati kami, nescaya kami menjadi org2 yg merugi..
Posted by kasihsyahadah (hamba dhaif) at 03:58 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)