Friday 16 April 2010

“Dan kasihKu meliputi segalanya…”(7:156)

Kesedihan,kerisauan,kebuntuan jelas tampak di wajah Wahsyi pada hari itu…

Wahsyi sedar dia telah melakukan kesalahan yang besar…dia telah membunuh insan kesayangan Utusan Allah beberapa minggu yang lalu…Sayyiduna Hamzah r.a.

Namun jauh di sudut hatinya pada hari itu perasaan ingin bertaubat…ingin kembali kepada kebenaran setelah jelas kebenaran itu padanya…

"Apakah ada taubat untuk penjenayah sepertiku???" bisik hati kecilnya.

"Aku telah membunuh insan kesayangan baginda…aku telah membunuh sayyid as-syuhada'!!"

Allah dari langit yang ketujuh mendengar bisikan nurani itu…lalu turunlah ayat Al Quran semata-mata kerana bisikan ini…

Allah…turun ayat Al Quran kerana hanya satu bisikan kecil…ia kecil…tapi terlalu ikhlas sehingga mendapat 'perhatian' Tuhan semesta alam…

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ‌ۚ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya…"(4:48)


 

Ayat pertama yang turun khas dari Tuhan Maha Esa untuk seorang hamba kerdil yang telah terlanjur keterlanjuran yang besar…

Dibacakan ayat tersebut kepada Wahsyi…namun dia tetap bermurah durja…kerana dia masih tidak tenang…tidak tenang dek memikirkan apakah dia bakal menjadi begitu

bernasib baik untuk digolongkan dalam kalangan mereka yang diampunkan dosanya bagi sesiapa yang dikehendakiNya…setelah keterlanjuran yang menggegarkan arasy Ar Rahman itu…


 

Allah…

Sekali lagi Allah 'memujuk'…

إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمۡ حَسَنَـٰتٍ۬‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (25:70)


 

"Apakah aku layak untuk digantikan dosa-dosanya dengan kebaikan???"gusar Wahsyi sendirian…

Mengenangkan keterlanjurannya…Wahsyi hilang keyakinan dapat tergolong di kalangan mereka yang diganti kejahatan mereka dengan kebaikan…


 

Sehinggalah…

قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (39:53)


 

Berseri-seri muka Wahsyi mendengarkan ayat suci itu dibacakan kepadanya…Wahsyi berlari mendapatkan Rasulullah saw lantas mengucapkan dengan penuh rasa cinta… "لا اله الآ الله,محمد رسول الله "


 

Allah…

Sampai begitu Engkau merindui taubat-taubat kami…sehingga begitu Engkau mengasihi kami…

Ya…sudah sampai masanya untuk kami pula merindui keampunanMu wahai Tuhan…


 

Maha benar Engkau…

"Dan kasihKu meliputi segalanya…"(7:156)


 

kuharapMu,

11.55 p.m, 16 April 2010

Mesir.


 


 


 


 

1 comments:

MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH said...

Salam,
ana rasa pernah dengar tazkirah ini satu masa dahulu akhi