Tuesday 7 December 2010

rintih rintihan

Bismillahirrahmanirrahim
Lama sudah blog ini kesunyian..
Tuhan, izinkan aku pada kali ini mencoret sedikit coretan..

Ringkas sahaja.
Persoalan: Sejauh manakah perasaan mengharap pada rahmat Allah dalam dirimu?
Dalam bahasa arab, ia diistilahkan sebagai Ar-Raja' yang bererti pengharapan.
Arjuuka bererti aku mengharap padamu...
Bila kita kata arjuuka ya rabbi...maka ia bererti aku mengharap hanya padaMu wahai Tuhanku...

Ar Raja' terjadi bila kau hampir-hampir sahaja putus asa kerana tidak habis-habis jatuh dalam maksiat yang sama dan dalam keadaan itu kau bangun semula dari keputusasaan itu...

Ar Raja' terjadi bila kau hampir-hampir rasa tiada pembela yang dapat membela dan tiba-tiba kau kembali yakin di sana ada Tuhan yang pasti membela..

Ar Raja' terjadi bila kau berhenti berangan-angankan keajaiban...mahupun bantuan...dan kau mula mengorak langkah...langkah menuju perubahan..

Sudah sifatnya Ar Raja' itu praktikal maka siapa yang hanya berangan-angan, berharap-harapan tanpa ada praktikalnya yang kuat...bolehlah kita katakan itu bukannya Ar Raja'...tapi itu At Tamanni...(call it day dream if you wish)

Ada 2 riwayat pendek berkenaan Ar Raja' yang tidak sempat utk aku sebutkan di sini kali ini.
Pertama dari Hasan Al Basri...Kedua dari Ibn Al Qayyim.

Soalan: Wajarkah kau tidak mengharap pada Tuhanmu sedangkan Dia tidak menamakan diriNya yang Maha Menerima Taubat melainkan untuk kau kembali kepadaNya...?

Wajarkah kau putus asa dalam kehidupanmu sedangkan kau punya Tuhan yang menamakan diriNya yang Maha Pengasih?

Apakah kau tidak tahu bahawa segala ujian mahupun taklifan yang diberi kepadamu olehNya hanyalah bertujuan untuk memuliakanmu dan menyucikanmu dari kotoran dunia di hatimu...?

Kisah pendek:
Imam Syafie ketika sedang nazak telah berqasidah. Antara yang disebut oleh imam:
"Ya Tuhan, andai Kau ampunkan aku..maka sesungguhnya Engkau mengampunkan hamba yang amat degil...
Namun andai Kau membalas dendamMu hari ini padaku..maka aku adalah seorang hamba yang selamanya tidak akan berputus asa dari diriMu walaupun para malaikatMu telah mencampakkan diriku ke dalam lubang nerakaMu..."

Tahukah kita bagaimana ber Ar Raja' kepada Allah seperti Al Syafie r.a?

Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

Semoga tulisan ini menjadi hujah untukku bukan atasku...

mencintai kalian,
11.50 p.m
Tanta, Mesir.

Monday 23 August 2010

coretan ramadan 2 (ramadan dan revolusi perubahan)

Alhamdulillah, selesai sudah exam pada hari ini. Doakan saya dan kawan-kawan lulus semuanya.

Hari ini Ramadan ke 14.
Sedikit luahan hati.
Ramadan adalah bulan perubahan. Bulan kita mengubah diri dari kurang baik kepada yang lebih baik.
Bila sebut perubahan, maka ia bererti 2 perkara.
Pertama: Kita berubah dengan mengembangkan lagi potensi dan kebaikan yang ada pada diri kita.
Kedua: Kita berubah dengan meninggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk kita yang kita biasa lakukan eg. banyak tidur, cepat marah dll.

Ramadan adalah bulan revolusi.

Bulan yang andainya digunakan sepenuhnya, bakal mencetuskan revolusi dalam diri. Rugi sangat rugi andai bulan ini berlalu, dan kita masih kita yang dulu.
Kenapa mesti berubah dalam bulan ini?
Kalau tidak dalam bulan ini, bila lagi? 30 hari yang Allah hadiahkan ini, hendaklah kita gunakan sebaiknya. Allah tidak menghadiahkan bulan ini, melainkan untuk kita kutip seluruh faedahnya. Dan bukankah faedah-faedah itu hanya dapat dikutip setelah kita berani lakukan perubahan?? Masakan syurga yang indah yang ditawarkan Allah semurah-murahnya di bulan ini dapat dihuni oleh si pemalas?? Tentu tidak, ia hanya dapat dihuni oleh orang yang cemerlang dunianya, cemerlang agamanya. Bukankah Allah tawarkan syurga itu dengan harga paling murah melainkan kerana Allah ingin menggalakkan dan mendesak kita untuk kita lakukan perubahan, perubahan dari sikap-sikap negatif kepada sikap-sikap positif yang dengannya kita mampu untuk cemerlang di dunia dan akhirat.
Allah rantaikan syaitan, Allah buka kelapan-lapan pintu syurga seluas-luasnya, tiada satu pun yang tutup,
Allah tutup ketujuh-tujuh pintu neraka serapat-rapatnya, tiada satu pun yang dibuka...
Kenapa??
Supaya kita bersemangat untuk lakukan perubahan.
Supaya kita tiada alasan untuk tidak berubah.
Tahukan kemenangan-kemenangan Umat Islam kebanyakannya pada bulan Ramadan.
Badar, Hittin (Salehuddin Al Ayubi), Ain Jalut (Saifuddin Qutuz), Pembukaan Andalus (Tariq bin Ziyad), Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah)...semuanya di bulan Ramadan.
Ramadan adalah bulan kekuatan, kemenangan, lonjakan, perubahan, revolusi bagi siapa yang ada mahu, insyaAllah)

Bagaimana mahu berubah?

Secara ringkas, perubahan ini datangnya dari kemahuan.
Kemahuan pula datangnya dari decision.
Decision yang kuat dan tegas untuk mahu berubah, akan melahirkan kemahuan tersebut.
Decision yang kuat dan tegas untuk tidak mahu berubah, akan melahirkan kemahuan ke arah tersebut.
Jadi, decide lah dengan kuat sekarang yang kita mahu berubah ke arah yang lebih baik. Berubah dengan pertamanya kita meninggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk. Dalam masa yang sama, kita kembangkan dan suburkan sedikit demi sedikit kebaikan-kebaikan dan sifat positif yang kita ada.

Itu secara general. Namun itulah yang paling penting. Decision (Qarar) untuk berkemahuan dengan kemahuan yang kuat itulah yang menjadi titik tolak pertama (Muntalaq) kita dalam apa-apa perkara yang ingin kita lakukan. Tanpa kemahuan (iradah), kita tidak akan dapat lakukan apa-apa walau seribu faktor yang membantu ke arah itu wujud di sekeliling kita. Namun, tanpa Qarar, Iradah yang kuat itu tidak akan sekali-kali muncul. Bila iradah itu tidak ada, atau hanya pseudo-ada...maka apakah kamu menyangka kamu akan dapat berubah?? Allah akan bantu kamu kalau kamu nak, kalau kamu taknak, adakah kamu menyangka akan ada yang ingin membantu kamu yang sendiri taknak berubah??? Dan nak itu, iradah itu, adakah kamu akan acquire dari luar?? Sungguh kita tersilap kalau kita fikir begitu, ia tidak acquired dari luar, ia acquired dari dalam diri kamu sendiri yang decide untuk beriradah dengan iradah yang kuat untuk melakukan perubahan dalam hidupmu...(maaf tu, pening sikit ayat..)

Apapun, walaupun iradah itu non-acquirable dari luar diri, namun seperti yang saya sebut, ada perkara-perkara yang membantu ke arah itu. Antaranya:
1. zikrullah dan selawat
2. tilawah alquran
3. sahabat-sahabat yang baik yang mengajak kepada kebaikan (ini sangat-sangat penting berdasarkan banyak hadith Nabi)
4. banyak bersujud dengan khusyuk (rujuk hadith Rabi'ah ibn Kaab Al-Aslami)
6. membiasakan diri buat amal kebajikan
7. perancangan peribadi untuk buat perubahan diri (keinginan/kemahuan tanpa perancangan bertulis, sia-sia n ice versa)
8. muhasabah diri
9. banyak ingat mati dan apakah bakal nasib kita di hari akhirat (syurga tingkat mana yang kita akan dapat, paling tinggi atau paling rendah, kalau dapat paling rendah, maka selama-lamanya tidak akan dapat lagi yang paling tinggi kerana tempat beramal adalah di sini, bukan di sana)
10. impian, cita-cita, harapan (Al-Amal) yang besar yang tidak pernah putus kepada Allah bahawa kita akan menjadi better dari semalam

Sedikit coretan dariku untukku dan kalian.
Doakan saya ya.
Bersambung.
mencintai kalian.
12.37 pagi.
14 Ramadan.

Monday 9 August 2010

coretan ramadhan 1

Ramadhan adalah suatu bulan di mana fenomena luar biasa berlaku.
Itulah dia fenomena di mana syaitan-syaitan dibelenggu, terbukanya pintu-pintu syurga seluas-luasnya dan ditutupnya pintu-pintu neraka serapat-rapatnya.

Fenomena ini baru bermula tadi dan ia sedang berlansung...

Sesungguhnya syurga itu berhias sempena kedatangan Ramadhan sejak Syawal tahun yg sebelum, maka apabila masuknya hari pertama di bulan Ramadhan, syurga pun menyeru kepada Tuhannya...

Ya Tuhanku, jadikanlah untukku di bulan ini penghuni dikalangan hamba-hambaMu...

Adakah engkau dengar namaku dan namamu sedang dipanggil-panggil??Aku risau...siapalah aku dan engkau untuk diseru namanya...

 Satu hadith sebelum beransur,
"Dan Allah membebaskan sebahagian hamba-hambaNya dari neraka pada bulan Ramadhan, dan ia berlaku setiap malam di bulan Ramadhan..."
Adakah aku telah dibebaskan malam ini maka aku boleh mentahniahkan diriku
ataupun masih dibelenggu neraka maka takziahkanlah ia??!!

Tuhan, Engkau tidak akan rugi andai Kau pilih kami...
Tuhan, KesempurnaanMu akan tetap sempurna andai Kau selamatkan kami yang hina...

coretan ramadhan 1


coret coretan

  • dunia ini luas. anda ingin faham sesuatu dgn lebih jelas?? jgn sempitkan dunia anda. belajar utk dengar dari semua pihak, belajar analisis, luaskan pembacaan, kaji sejarah dan doa minta diberi petunjuk. anda akan faham dgn lebih jelas.
  •  ada org kata, semacam tidak salah, org yg melakukan perubahan agung di muka bumi ini, mereka berbeza orgnya dari org lain. berbeza cara fikir, berbeza kesungguhan beramal, berbeza keikhlasan hati. tp masalahnya, org jenis ini selalu shj tidak bersama majoriti yg mungkin mainstream, oleh itu mcm2 prejudis terhadap dia kemungkinan berlaku. tp tulah, org yg hebat ni, prejudis2 cmtu biasa je kot..satu lgi, slalunya org hebat ni, bila satu fitnah setel, baru org nmpak dia tu hebat...hero kan last2..
  •  anda mencintai seseorang? boleh, tp biarlah cinta itu bersebab dgn sebab yg sepatutnya. satu je tak boleh, jgn mengharap pd org yg anda cintai tu, tp haraplah pd Karam Allah (sifat pemurah Allah), anda tidak akn kecewa. sy xde pengalaman byk bab2 ni, tp klu nk sy share lagi, boleh je...
  •  Ramadan...dekat dah sgt...suka aku nk memberikan kalian sedikit hadiah..hadiah sekodar..tnggukan hadiah tu..malam ni aku upload...mencintai kalian~
  • ya ilahi, aku ni akan tetap faqir di dalam kekayaanku, bgaimana pula aku tidak faqir dalam kefaqiranku?? ya ilahi, aku ni akan tetap jahil di dalam ilmuku, bgaimana pula aku tidak jahil dalam kejahilanku?? Tuhan, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, andai Kau x ampunkan kami dan rahmati kami, nescaya kami menjadi org2 yg merugi..

Saturday 10 July 2010

Wahai diri,
Sedarlah..
Dari janabah ghaflahmu

فحي على جنات عدن فانها
منازلك الأولى وفيها المخيم
ولكننا سبي العدو فهل ترى
نعود الى أوطاننا ونسلم

"Marilah bersama menuju Jannaatu 'Adnin,
kerana sesungguhnya ia adalah tempatmu yg pertama dan di situlah letaknya tempat tinggalmu,
namun kita telah menjadi tawanan musuh maka apakah kau merasa,
kita bakal kembali ke kampung kita dan selamat dari musuh itu?"
-ibn alqayyim

siapakah untukku yg hina ini melainkan Engkau yang Maha Mulia,
siapakah untukku yg lemah ini melainkan Engkau yang Maha Kuat,
siapakah untukku yg faqir ini melainkan Engkau yang Maha Kaya,
siapakah untukku yg telah ditinggalkan ini melainkan Engkau yang Maha Menjaga,
siapakah untukku yg telah patah dimamah dunia melainkan Engkau yang Maha Menyambung segala yg patah,
siapakah lagi untuk diriku ini melainkan Engkau ya Tuhanku...

اصطنعنا لنفسك
ولا تستبدل
آمين

Monday 28 June 2010

hikmah balqisiyyah

قَالَتۡ إِنَّ ٱلۡمُلُوكَ إِذَا دَخَلُواْ قَرۡيَةً أَفۡسَدُوهَا وَجَعَلُوٓاْ أَعِزَّةَ أَهۡلِهَآ أَذِلَّةً۬‌ۖ وَكَذَٲلِكَ يَفۡعَلُونَ
(27:34)
"She said: Lo! kings, when they enter a township, ruin it and make the honour of its people shame. Thus will they do"
 
p/s: ini adalah pemerhatian/pendapat Balqis, yang diiktiraf(endorsed)oleh Allah dengan kata-kata: Thus will they do.

Begitu juga apabila Raja segala raja memasuki qaryah hatimu, akan hancurlah rantai-rantai maksiat dan akan terpecahlah segala belenggu dosa yang membelenggui ruh dan hatimu, dan terbukalah hijab antaramu dan Dia selama ini. Bersihlah hatimu, sucilah ia dengan 'invasion' itu.

وَلَوۡ أَنَّ قُرۡءَانً۬ا سُيِّرَتۡ بِهِ ٱلۡجِبَالُ أَوۡ قُطِّعَتۡ بِهِ ٱلۡأَرۡضُ أَوۡ كُلِّمَ بِهِ ٱلۡمَوۡتَىٰ‌ۗ بَل لِّلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ جَمِيعًا‌ۗ
(13:31)
"Had it been possible for a Lecture to cause the mountains to move, or the earth to be torn asunder, or the dead to speak, (this Qur'an would have done so)"

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ
 (59:21)
"If We had caused this Qur'an to descend upon a mountain, thou (O Muhammad) verily hadst seen it humbled, rent asunder by the fear of Allah

'Benarkan'lah Maharaja itu men'invade' hatimu. Sejak bila pula Dia enggan men'invade' kecuali kalau kau yang insist untuk 'resist'?

وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيۡنَـٰهُمۡ فَٱسۡتَحَبُّواْ ٱلۡعَمَىٰ عَلَى ٱلۡهُدَىٰ
(41:17)
"And as for Thamud, We gave them guidance, but they preferred blindness to the guidance" 

aku risau terhadap dirimu wahai diri...
fuq ba'aa..
sedarlah.

rabbina yastur.








Sunday 27 June 2010

remaja culas

Nuruddin Mahmud Zinki bersama Solahuddin Al Ayyubi menunggang kuda pada suatu hari.

Keculasan Solahuddin untuk belajar menunggang kuda perang itu akhirnya berjaya dikikis oleh Assyahid Nuruddin yang pada suatu ketika dahulu dengan kreatifnya telah mengajak Solah bermain bola menggunakan kuda.
Itulah antara tarbiah yang dihadiahkan oleh Assyahid kepada Solah.

Mereka menunggang dengan lajunya menuju matahari dan bayang-bayang mereka mengejar mereka.
Kemudian,
Mereka menunggang dengan lajunya melarikan diri dari matahari dan mereka mengejar bayang-bayang mereka.

Assyahid: "Wahai Solah, kau perasan bayang-bayang tadi?"
Solah: "Tidak"
Assyahid: "Bayang-bayang itu adalah dunia, bila kau tinggal dia, dia kejar kau, tapi bila kau kejar dia, kau tak akan dapat-dapat dia"

Satu lagi buah tarbiah dihadiahkan oleh Assyahid kepada remaja yang asalnya cukup liat nak bangun subuh, apatah lagi qiyamullail.

Pada hari Sabtu, 4 Julai, 1187, ketika berumur 49 tahun, remaja tadi telah diizinkan Allah, setelah menyatukan umat Islam yang berpecah, untuk membebaskan Al Aqsa dari cengkaman tentera Salib dalam peperangan bersejarah, perang Hittin.

Sejarah pasti mengulangi dirinya, tiada sezarah keraguan.
Wataknya saja berlainan.

rabbiyasturuni,
mencintai kalian.

Friday 25 June 2010

Al Waduud - Yang Mencintaimu lalu Mengekspresikan Cintanya padamu

Saidina Ali r.a:

"Andai dikatakan padaku hari kiamat nanti: "Akan kami tinggalkan urusan penghisabanmu kepada kedua ibu bapamu", sudah tentu akanku tolak tawaran itu".

"Kerana Allah swt itu terlebih mengasihiku dari keduanya".
 
Subhanal waduud...yang mencintai hambaNya lebih dari kedua ibu bapa...

Subhanal waduud...yang mencintai hambaNya lalu mengekspresikan cintanya padamu...

Wednesday 23 June 2010

Lepak di Kaabah

Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mus'ab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan duduk bersama-sama di tepi kaabah.

Musa'b: "Kita berada di sisi kaabah, mintalah dan sebutkanlah cita-cita dan harapan-harapan kamu di sini, semoga ia dimakbulkan berkat kesucian tempat ini dan berkat respons kita semua dgn perkataan amin"

"Kamulah mulakan dulu", jawab rakan-rakannya.

Mus'ab: "Aku harap dpt memerintah Iraq, dan dpt mengahwini Sakinah binti Husain dan Aisyah Binti Talhah"
"Amin"

Mus'ab mendapat apa yg dicita-citakannya dan telah mampu menghadiahkan mahar sebanyak 500 ribu dirham kepada setiap seorang isterinya dan mempersiapkan setiap seorang pengantin dgn kos 500 ribu dirham juga.

Giliran Urwah: "Aku bercita-cita diberikan kefahaman fiqh yg mendalam dan juga menjadi ahli hadith"
"Amin"

Urwah berjaya menjadi ulama' Islam yg hebat dan masyhur dalam ilmu fiqh dan hadith.

Giliran Abdul Malik: "Aku bercita-cita menjadi khalifah satu hari nanti"
"Amin"

Abdul Malik akhirnya dilantik menjadi Khalifah Bani Umayyah yg kelima.

Giliran Abdullah Bin Umar: "Harapan aku hanyalah al Jannah"
 "Amin"

[Abdullah Ibn Umar adalah sahabat Rasulullah saw.]

Monday 7 June 2010

Cerita pendek

Abu Hurairah r.a bercerita:

Ketika kami sedang duduk-duduk disisi Nabi saw,
tiba-tiba kami terdengar satu bunyi dentuman yang kuat,
Maka bertanya Nabi: "Apakah kamu tahu itu bunyi apa!!??"
Maka kami menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"
Nabi bersabda: "Itu adalah batu neraka yg dicampakkan Allah ke dalam Jahannam sejak 70 tahun yg lepas,baru sekarang ia sampai ke dasarnya"

Ya Allah, selamatkanlah kami dari kebuasan Jahannam...amin.

selamatkanlahaku,
mencintai kalian.

mesir,
3.12 p.m

Sunday 23 May 2010

A Tribute to Sara – Part 1











He hath prescribed for Himself mercy

(6:12)

thanks sara..we shall miss u n pray 4 u..may Allah bless u always..amin

“love is all 'bout give n take, u give first then u take. but with Him, u MUST take first coz He refuses except to make u d beloved, before a lover…”

I am a Lebanese girl with a Muslim father and Christian mother, I lived in Lebanon for the first 10 yrs of my life and then I migrated with my parents to New Zealand where I was completely cut off from any Arabic Culture or Islamic teachings, until I am 22 yrs old now, for I am a Muslim by name only, I do not know how the Quran looks like, I do not know the fatiha and do not know how to pray and religion does not play any role in my life whatsoever. Then my parents got divorced and they each re-married, I entered university and both my parents left New Zealand, they left me alone with no family or siblings and without knowing anything about my family in Lebanon. 
I lived alone and was forced to work to afford living by myself for I go to university in the morning and work at a bar at night and I have a boyfriend and have not left anything haram, except that I have done it, for I have completely adapted the Western way of living. I know very simple Arabic and I am very beautiful and I participated in a beauty queen's contest in New Zealand and I won in the city I live in. I am now preparing to enter a bigger contest in New Zealand, and I have become a supermodel on the cover of many inappropriate magazines, and through all this, I was visiting a family of Lebanese origin in Australia and they were watching a halaqa for Amr Khaled about 3ffa (modesty, purity, chastity) and it had the website address displayed on it, and I completely fell apart b/c I felt he was speaking to me. I ask if Allah can still accept me.

Dr. Amr Khaled replied that Allah will always accept those who come back to Him.

After two days,
"I can't believe that Allah would forgive me ,I can't stop crying, I need to learn how to pray to Allah"


She asked Amr Khaled about Al Quran.He then posted some cassettes of Syeikh Ajami and Syuraim and Mishari to the following address. 
"The address is: 28A Cornhill St,North East Valley, Dunedin, New Zealand" 


After few days,
"Salam aleekom, are u ok? I have a big surprise for you.. I learned sorat al naba.. I can say it without looking to quran.Im gonna pray with it"


Then after few days,
"Salam aleekom ,I learned surat youssif , I thought that I will not but alhamd lellah" 


Sara insisted to leave the haram things. Surprisingly, she managed to leave one after one by taking only 2 days for each. 
"Salam aleekom ,I wear heejab ,and left my boy friend, and I left the competition"


After about one week, came this message. Sara was ill then for that one week period.
"Salam aleekom, really I don't know how to thank u. I wish if I can live more to do something for Islam, but it seems God wants something else. Anyway alhamd lellah 


Sara was diagnosed with a late cancer. That was the cause of Sara's illness before. The only treatment was surgical. She was confused at first whether to go back to Lebanon or to have operation in New Zealand. She decided to have the operation. Here are few messages from Sara to Amr Khaled and his wife after the diagnosis.
"Salam aleekom, do you think that god will forgive me? Do u think that I will go to janna? or will God put me in the hell??"

"I love God , I am talking to him now, hope he loves me too .." 

"I want my mother to call me before Friday. I'm sure she will be sad, I hope she will come and see me, I didn't see her since 1997!!! 


15 minutes before the operation:
"Salam aleekom, I'm going to the hospital now, I'm glad that I repented to Allah, put on my veil before getting to know about my illness. I've been living 21 years away from God but since 3 weeks earlier I swear to you that I left my boy friend, and I wear hijaab only for Allah, honestly...I don't know muslims except you and the visitors in the forum, so please pray for me and for my mother. And please bear witness for me in front of Allah yaumal qiyamah that I have truely repented to Him...



I'm sorry…but Sara is dead... 
(a message sent by Sara's friend who was keeping her phone during the operation)
Friday, 1 Sya'ban
September 19th ,2003

(Sara was prayed upon in one of the mosques in Dunedin after the Jumuah prayer and buried at local cemetery) 
p/s: I'll try to get info regarding the hospital in which she had her surgery done, as well as 'bout the location of the cemetery, whenever it is feasible to do so, iAllah. 




North East Valley St., Dunedin
(Kasih Allah itu dimana-mana, bila kita melangkah langkah yg pertama kpdNya...yakinlah...krn
Tuhan Sara adalah Tuhan yg sama dgn Tuhan kita, Tuhan yg tidak menamakan diriNya Maha Pengasih
melainkan utk mengasihi kita)
Cornhill St.
(Saya terbayangkan inilah jalan yang dilalui Sara setiap hari untuk ke universiti
di pagi hari, dan ke bar di malam hari)
Lorong kecil ini menyaksikan segalanya.
(Di sekitar lorong ini terletaknya rumah beralamat 28A) 


Ustaz Amr Khaled menunjukkan resit DHL courier yang tertera di situ alamat Sara
dalam sebuah program televisyen Ramadhan 2003 di Lubnan
(Dr. Amr dan isteri menghantar kaset-kaset Al Quran kepada Sara)


Video ringkas mengenai Sara,lebih mudah difahami ceritanya(a must-watch video!!)
(Sedikit berbeza dari segi tempat pertama Sara tinggal, namun ceritanya tetap sama, mungkin pembuat video ada sumber maklumat tambahan)
Program Televisyen Ramadhan 2003 oleh Dr. Amr Khaled yang menceritakan kisah Sara 







Halaqah 'Iffah' yang ditonton oleh Sara secara tidak sengaja

Itulah dia kisah Sara.Sara hanya sempat mengenali Tuhannya selama sebulan.Dari awal Rejab hingga awal Sya'ban 2003. 
Namun,pertemuan sebulan itu terlalu cukup bermakna. 



Tidak cemburukah kalian???


Cemburulah wahai kawan-kawanku sekalian… 
Cemburulah terhadap Sara…Kita telah hidup bertahun-tahun lamanya… 
Namun kita masih tidak mengenali Allah… 
Masih tidak dapat merasai tiupan-tiupan dan belaian-belaian kasih Allah… 
Awal Rejab – Awal Sya'ban… 
Berakhir dengan Sara dipanggil menemui Tuhannya… 
Menemui sang Pencipta yg merinduinya… 
Dalam keadaan Sara merindukan dan dirindukan… 
Pergi selama-lamanya… 


"I wish I could live longer so that I could do something for Islam,
 but seems God wants something else…"


Sara,walaupun harapanmu tidak kesampaian… 
Namun ketahuilah…Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan niatmu yang ikhlas itu… 


Ya kawan-kawan, begitulah kisah percintaan sebulan Sara dengan Tuhannya… 
Tidak cemburukah kalian??? 


Kawan-kawan, 


Setiap dari kita punya kisah cinta tersendiri dengan Tuhannya… 
Maka usahalah menjadikannya kisah cinta terindah dalam hidupmu… 
Dan sentiasalah pohon padaNya agar mengambilmu menjadi kekasihNya… 
Ya…mengambilmu 


Kawan-kawan, 


Adakah kalian berasa hairan dan takjub dengan kisah Sara??? 
Tidak perlu…kalian tidak perlu begitu… 
Tuhan yang berbuat begitu pada Sara…Dialah Tuhan yang sama yang berbuat begitu ratusan tahun yang lalu 
Pada Fudhail Ibn Iyadh…Dialah Tuhan yang sama yang berbuat begitu pada 
Abdullah Ibn Mubarak…Dialah Tuhan yang sama yang telah berbuat begitu pada ramai lagi manusia di abad 21 ini… 



Dan Dialah juga Tuhan yang sama…yang bakal berbuat begitu kepadamu
Bila engkau mengambil langkah pertama kepadaNya…


Demi Allah kawan-kawanku sekalian,

Sara tidak berbuat apa-apapun melainkan menghantar emel kepada Ust Amr Khaled 
bertanyakan adakah Allah sudi untuk mengampunkannya setelah terdengar halaqah
Amr Khaled di rumah kawan ibunya.Itu sahaja.Tidak lebih.Tapi ketahuilah...
Langkah pertama itu 'counts for everything...'


Allah...kurniakanlah kami langkah pertama itu...tiada siapa yang dapat
mengurniakannya melainkan Engkau ya Allah...ya Allah...

Kawan-kawan,


Sara selama hidupnya telah mengamalkan gaya hidup bebas…sebebas-bebasnya… 
Tidak ada perkara haram…melainkan Sara pernah melakukannya… 
Namun, 3 minggu sahaja berkenalan dengan Tuhannya… 
Sara ingin melakukan sesuatu untuk Islam… 
Ketahuilah…Sara bakal dibangkitkan pada hari kiamat nanti(insyaAllah)dalam 
Keadaan diganjari atas niatnya itu walaupun tidak sempat melakukannya… 
Kalian lupakah hadith Nabi: 
"Barangsiapa yang memohon kpd Allah dgn ikhlas utk mati syahid, 
maka Allah akn menyampaikannya kpd cita-citanya itu walaupun dia mati di atas katilnya" 
Sara bakal dibalas setimpalnya atas niatnya yang ikhlas itu… 




Marilah cemburu



Dan mari lupakan Sara seketika… 


Kerana marilah kita ingati Dia… 
Ya, ingatilah Dia... Tuhan Sara, Tuhan sekalian alam… 



قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa [1] semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”(39:53)

 وَأَنِيبُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُواْ لَهُ ۥ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong [lagi](39:54)

أَلَمۡ يَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ يَقۡبَلُ ٱلتَّوۡبَةَ عَنۡ عِبَادِهِۦ وَيَأۡخُذُ ٱلصَّدَقَـٰتِ وَأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?(9:104) 

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِين
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa(3:133)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا
 Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya(66:8)

وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُون
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung(24:31)

 وَٱللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيۡڪُمۡ
Dan Allah hendak memberikan taubat kepadamu(4:27)

 وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim[terhadap dirinya](49:11)




Ya, inilah Dia Tuhanmu dan Tuhanku…Allah Jalla Jalaluhu



"Dan tidaklah hambaKu datang kepadaKu sejengkal, melainkan Aku datang kepadanya sehasta, dan tidaklah dia datang sehasta,
melainkan Aku datang kepadanya sedepa, dan tidaklah dia datang kepadaKu berjalan, melainkan Aku datang kepadanya berlari"(Hadith Sahih) 



Ambillah langkah pertama itu…dengan bertaubat sepenuh hati kepadaNya…


mencintai kalian, 

Mesir, 
11.50p.m 

p/s: mari sama-sama kita tadah tangan berdoa untuk Sara selepas membaca entry ini...jazakumullah..dan plz doakan sy yg lemah ini..yg amat memerlukan doa kalian...terima kasih.