Sunday 27 June 2010

remaja culas

Nuruddin Mahmud Zinki bersama Solahuddin Al Ayyubi menunggang kuda pada suatu hari.

Keculasan Solahuddin untuk belajar menunggang kuda perang itu akhirnya berjaya dikikis oleh Assyahid Nuruddin yang pada suatu ketika dahulu dengan kreatifnya telah mengajak Solah bermain bola menggunakan kuda.
Itulah antara tarbiah yang dihadiahkan oleh Assyahid kepada Solah.

Mereka menunggang dengan lajunya menuju matahari dan bayang-bayang mereka mengejar mereka.
Kemudian,
Mereka menunggang dengan lajunya melarikan diri dari matahari dan mereka mengejar bayang-bayang mereka.

Assyahid: "Wahai Solah, kau perasan bayang-bayang tadi?"
Solah: "Tidak"
Assyahid: "Bayang-bayang itu adalah dunia, bila kau tinggal dia, dia kejar kau, tapi bila kau kejar dia, kau tak akan dapat-dapat dia"

Satu lagi buah tarbiah dihadiahkan oleh Assyahid kepada remaja yang asalnya cukup liat nak bangun subuh, apatah lagi qiyamullail.

Pada hari Sabtu, 4 Julai, 1187, ketika berumur 49 tahun, remaja tadi telah diizinkan Allah, setelah menyatukan umat Islam yang berpecah, untuk membebaskan Al Aqsa dari cengkaman tentera Salib dalam peperangan bersejarah, perang Hittin.

Sejarah pasti mengulangi dirinya, tiada sezarah keraguan.
Wataknya saja berlainan.

rabbiyasturuni,
mencintai kalian.

0 comments: