Wednesday, 23 June 2010

Lepak di Kaabah

Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mus'ab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan duduk bersama-sama di tepi kaabah.

Musa'b: "Kita berada di sisi kaabah, mintalah dan sebutkanlah cita-cita dan harapan-harapan kamu di sini, semoga ia dimakbulkan berkat kesucian tempat ini dan berkat respons kita semua dgn perkataan amin"

"Kamulah mulakan dulu", jawab rakan-rakannya.

Mus'ab: "Aku harap dpt memerintah Iraq, dan dpt mengahwini Sakinah binti Husain dan Aisyah Binti Talhah"
"Amin"

Mus'ab mendapat apa yg dicita-citakannya dan telah mampu menghadiahkan mahar sebanyak 500 ribu dirham kepada setiap seorang isterinya dan mempersiapkan setiap seorang pengantin dgn kos 500 ribu dirham juga.

Giliran Urwah: "Aku bercita-cita diberikan kefahaman fiqh yg mendalam dan juga menjadi ahli hadith"
"Amin"

Urwah berjaya menjadi ulama' Islam yg hebat dan masyhur dalam ilmu fiqh dan hadith.

Giliran Abdul Malik: "Aku bercita-cita menjadi khalifah satu hari nanti"
"Amin"

Abdul Malik akhirnya dilantik menjadi Khalifah Bani Umayyah yg kelima.

Giliran Abdullah Bin Umar: "Harapan aku hanyalah al Jannah"
 "Amin"

[Abdullah Ibn Umar adalah sahabat Rasulullah saw.]

2 comments:

Atiqah Abdullah said...

knp cite Abdullah Bin Umar xde ending mcm yg lain??

kasihsyahadah said...

oh..sbbnya..anda sndiri blh xpect ending dia apa..xD

satu lagi, cuba lihat betapa besarnya concern para shbt nabi..
concern mereka di awal dan di akhir hanyalah hari akhirat..yg diorg nk slmt dri neraka n masuk syurga..

jauh sngguh concern kita dgn mereka.. :(