Tuesday, 4 May 2010

Kita A’rabi…

Seorang arab badwi (A'rabi) tersesat di padang pasir dan kehilangan semua bekalannya.
Laparnya begitu dahsyat sehingga A'rabi yakin akan mati tidak lama lagi.
Seketika itu, A'rabi terlihat sebuah karung kelihatan penuh berisi, tersangkut di dahan sebatang tumbuhan.
Menyangka karung itu berisi makanan, A'rabi meluru mendapatkannya.
A'rabi menjerit…karung yang disangka ada makanan rupanya ada emas!!!
"Argh!!! Ini emas,apa yang dapat aku buat dengan emas sekarang??!! Alangkah baik kalau ia makanan…"
Lebih kurang itulah jeritan si A'rabi.


Manusia itu lemah dan berhajat sepenuhnya kepada Allah.
(يا أيها الناس انتم الفقراء إلي الله والله هو الغني الحميد)
 "Wahai manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji" (35:15)

 
Wahai Tuhanku, ampunkan aku kerana aku si A'rabi…

 
La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah
Mesir,
6.27 p.m

 
p/s: apakah yang anda fahami dari kisah ringkas ini?kongsikan bersama-sama...jazakumullah
(sharing is caring xD )


 

 

 

 


 


 

2 comments:

shakir kamaruddin said...

thanx for sharing..good one

assitru said...

sekodar je kir...thnks for dropping by...