Sunday 25 April 2010

Don’t ‘care’…


فإذا كان معك الله فمن عليك، وإذا كان الله عليك فمن معك؟ يا رب ماذا فقد من وجدك وماذا وجد من فقدك، من وجدك فقد وجد كل شيء ومن فقدك فقد فقد كل شيء، كن مع الله ولا تبالي
If Allah is with you, then who will be against you??But if He is against you, who will be with you then??O Allah, what does one loss when he has found Thou??And what does he find when he has lost Thou??Indeed, those who found Thou had found everything, and those who lost Thou had lost everything…
Therefore, be with Allah and don't 'care'… 

...رحمتك يا رب

 

 

 

Friday 16 April 2010

“Dan kasihKu meliputi segalanya…”(7:156)

Kesedihan,kerisauan,kebuntuan jelas tampak di wajah Wahsyi pada hari itu…

Wahsyi sedar dia telah melakukan kesalahan yang besar…dia telah membunuh insan kesayangan Utusan Allah beberapa minggu yang lalu…Sayyiduna Hamzah r.a.

Namun jauh di sudut hatinya pada hari itu perasaan ingin bertaubat…ingin kembali kepada kebenaran setelah jelas kebenaran itu padanya…

"Apakah ada taubat untuk penjenayah sepertiku???" bisik hati kecilnya.

"Aku telah membunuh insan kesayangan baginda…aku telah membunuh sayyid as-syuhada'!!"

Allah dari langit yang ketujuh mendengar bisikan nurani itu…lalu turunlah ayat Al Quran semata-mata kerana bisikan ini…

Allah…turun ayat Al Quran kerana hanya satu bisikan kecil…ia kecil…tapi terlalu ikhlas sehingga mendapat 'perhatian' Tuhan semesta alam…

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ‌ۚ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya…"(4:48)


 

Ayat pertama yang turun khas dari Tuhan Maha Esa untuk seorang hamba kerdil yang telah terlanjur keterlanjuran yang besar…

Dibacakan ayat tersebut kepada Wahsyi…namun dia tetap bermurah durja…kerana dia masih tidak tenang…tidak tenang dek memikirkan apakah dia bakal menjadi begitu

bernasib baik untuk digolongkan dalam kalangan mereka yang diampunkan dosanya bagi sesiapa yang dikehendakiNya…setelah keterlanjuran yang menggegarkan arasy Ar Rahman itu…


 

Allah…

Sekali lagi Allah 'memujuk'…

إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمۡ حَسَنَـٰتٍ۬‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (25:70)


 

"Apakah aku layak untuk digantikan dosa-dosanya dengan kebaikan???"gusar Wahsyi sendirian…

Mengenangkan keterlanjurannya…Wahsyi hilang keyakinan dapat tergolong di kalangan mereka yang diganti kejahatan mereka dengan kebaikan…


 

Sehinggalah…

قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (39:53)


 

Berseri-seri muka Wahsyi mendengarkan ayat suci itu dibacakan kepadanya…Wahsyi berlari mendapatkan Rasulullah saw lantas mengucapkan dengan penuh rasa cinta… "لا اله الآ الله,محمد رسول الله "


 

Allah…

Sampai begitu Engkau merindui taubat-taubat kami…sehingga begitu Engkau mengasihi kami…

Ya…sudah sampai masanya untuk kami pula merindui keampunanMu wahai Tuhan…


 

Maha benar Engkau…

"Dan kasihKu meliputi segalanya…"(7:156)


 

kuharapMu,

11.55 p.m, 16 April 2010

Mesir.


 


 


 


 

Thursday 8 April 2010

Alhamdulillah…

هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬

"He it is Who hath sent among the unlettered ones a messenger of their own, to recite unto them His revelations and to make them grow, and to teach them the Scripture and wisdom, though heretofore they were indeed in error manifest"

(aljumuah:2)

sedih n terharu bila dgr ayat ni smlm masa ceramah ust halim di arma.

وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ
(sedangkan mereka itu sebelumnya dlm kesesatan yg nyata)

sy terbayang,klu quran sifatkan kesesatan itu kesesatan yg "mubin"(nyata)...
bagaimana ya??
mksdnya,mereka itu benar2 sesat..tiada lgi yg lebih sesat,lebih jahiliah dri mereka itu..
cukuplah perkataan "mubin" itu menceritakan kpd kita melalui essence nya keadaan mereke ktika itu..

p/s:kena belajar bhs arab utk dpt essence perkataan "mubin"..sy trtolak nk tulis artikel ni jga krn simply xdpt bayangkn وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ
(how bad were they at that time!!?? u imagine it urself)

tiba2,dlm kegelapan serba gelap tu..dtglah..

هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ
(dia membangkitkan dlm msyarakat 'ummi' itu seorg utusan di klngn mereka sendiri..)

ya,mereka masyarakat ummi..ummi bukan kerana tidak tahu huruf shj..tp ummi juga krn kebodohan,kegelapan yg menyelubungi hati2 mereka..

dtglah...

Utusan..ya utusan..utusan yg:

يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ
(membacakan ke atas mereka ayat2Nya, dan menyucikan jiwa2 mereka, dan mengajarkan mereka alkitab dan alhikmah...)

Allah...

dtg utusan ini membacakan kpd mereka ayat2 Allah..yg dengan manhaj yg ditunjukkn oleh ayat2 ini beserta ruh yg terkndung di dalamnya disucikan pula jiwa2 mereka..dan kemudian itu diajarkan kepada mereka peraturan2 kehidupan(nizomul hayah wa saadah)dan hikmah2 yg tersembunyi...(sila terjemah hikmah kpd wisdom..)

Lalu,
dgn alquran yg diturunkan,dgn barakah murabbi pertama yg benar2 ikhlas..
jadilah mereka generasi yg susah utk dibayangkn..seolah2 mereka generasi "asatir"..
generasi khayalan sehingga kita dapati di klangn orientalis barat yg cuba menidakkan kewujudan mereka satu ketika dahulu di muka bumi ini...generasi yg menerangi alam yg gelap ini dgn keadilan dan kebenaran.

p/s:sila baca sirah n sejarah islam utk berita ttg generasi khayalan ini dgn lebih lanjut

hairankan..generasi yg disifatkan dahulu لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ
boleh jdi cmtu..smpai ada yg kata mereka generasi khyalan..

xhairan..
apa yg nk dihairankan sdgkn mereka generasi yg hati2nya tidak jumpa tempat bertaut melainkan arasy ar-rahman..generasi yg tiada langkahnya melainkan mengikut petunjuk al kitab dan al hikmah yg diajar kpd mereka oleh murabbi mereka..Muhammad saw.

kenapa sedih n terharu?

1. krn mengenangkn bagaimana agama ini..cahaya ini mampu mnyelamatkan..mnghidupkan
kembali ruh2 yg telah terlalu tenat ibarat mayat...

2. krn terkenangkan tujuan ar-rasul dibangkitkan utk kita..hnyalah utk menyucikan jiwa2 kita,mgajar kita erti sebuah kehidupan yg hakiki,mnunjuk kpd kita jln bahagia..

3. krn aku tidak pandai mengenang jasa ar-rasul...krn aku xmengerti2 lagi erti mujahadah..
(generasi shbt adalah generasi yg bila terlihat kpd mereka kebenaran itu,mereka pegang kuat2 krn khuatir terlepas nikmat kebenaran itu..dan bukankah memegang kuat2 itu perlukan mujahadah slps rahmat Allah..recall hadith memegang agama ibarat memegang bara api..)

tp aku rasa gembira..rasa ada 'amal'(hope)

gembira krn aku sedar..nikmat Allah yg termaktub dlm surah jumuah:2 td..masih berterusan
hingga ke hari ini sebenarnya..

ya benar,tiada lgi rasul..tp pewaris2 rasul akn sntiasa ada spnjg zaman..pewaris2 rasul yg meneruskn tugas rasul..membawa hidayah alquran kpd sekalian alam..utk disucikan dgn ayat2Nya jiwa2 yg ter"sesat"...

ada amal(hope)krn separah manapun penyakit yg melanda..xkn separah yg pernah melanda mereka itu..وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ

oleh itu,harapan utk kembali pulih dri sakit tenat masih ada..bhkan smakin besar stelah aku lihat generasi baru yg lahir ini...alhmdulillah..iAllah.

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?"

(al-anaam:122)

wallahu'alam.

yg terus mengharap,
aku.

misr
1.59 p.m